Thursday, June 24, 2010





KEK COKLAT AIDA AKA TIRAMISU
1 ¾ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula pasir (kasar)
1 cawan air panas (betul2 panas)
½ cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 ½ sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil garam halus

cara membuatnya:

Pukul telur hingga kembang.
Masukkan gula kasar
Masukkan tepung, koko, soda bicarbonate dan garam
Masukkan susu, vanilla dan minyak
Last masukkan air panas
Tapis dan masukkan kedalam loyang
Kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.

Tips:

Jangan buka bekas kukus sekurang-kurangnya dalam masa 15 minit.
Jangan jatuhkan air yang berada di tudung kukus kedalam aduan kek.
Kek ini tidak perlu dimesin seperti membuat kek-kek yang lain.
Tapis adunan kek sebelum masukkan kedalam loyang supaya tidak ada
tepung yang tidak sebati didalamnya.
Sejukkan kek terlebih dahulu selepas masak, barulah di keluarkan daripada loyang
Kalau tak ada susu cair, cairkan sahaja susu pekat lebih kurang ½ cawan dan campurkan air supaya menjadi satu cawan.
Untuk topping.

Masukkan coklat masakan kedalam periuk dan letakkan kedalam bekas kukus .
Pasang api kecil sahaja, jangan biarkan air masuk kedalam periuk coklat,
Setelah coklat cair, angkat dan masukkan sedikit marjerin untuk kilat dan kalau suka masukkan sedikit gula halus. (tak letak tak apa).
Last sekali masukkan whipping cream kedalam periuk coklat dan di kacau sehingga sebati. (agak2lah berapa banyak). Bolehlah dihias diatas kek coklat dan ditabur manik2 coklat dan warna-warni. Biarkan ia keras sedikit sebelum dimakan.

Jika tidak ada coklat masakan, anda masih boleh membuat topping, campurkan sedikit koko, susu pekat dan sedikit marjerin, panaskan atas air yang mengelegak, untuk melazatkan lagi masukkan sedikit whipping cream, serbuk koko jangan terlalu banyak, nanti pahit, kalau pahit tambahkan lagi susu pekat.
Resepi diatas hanyalah 1/2 adunan sahaja kerana 1/2 aduanan boleh menghasilkan 2 biji kek saiz sederhana. Resepi diatas boleh juga dibakar.


SELAMAT MENCUBA

No comments:

Post a Comment