Tuesday, April 19, 2011

Spaghetti Bolognese Versi Kak Pairuz



ini resepi dari kak pairuz...memang kegemaran keluarga sy.

Spaghetti Bolognese Versi Kak Pairuz
Bahan-bahan:
spaghetti (terpulang jenis apa)
daging cincang (sy pakai jenis ramli burger) kalau tak cukup daging cincang boleh campurkan dengan daging burger yang dicincang tp sy tak pernah guna
Serbuk lada putih (secukup rasa)
bawang besar (dipotong dadu)
bawang putih (dipotong dadu)
bay leaf n oregano ( kalau ada bagus tak ada tak pa lah)
sos tomato puri ( 1 tin)
tomato soup Heinz ( 1 tin)
satu tin air (sukat gunakan tin Heinz)
udang atau sotong (terpulang lah nak letak atau tidak)

Cara Membuatnya:

Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih n bawang besar yang telah dipotong dadu.
Kemudian masukkan masukkan bay leaf n oregano.
Masukkan daging cincang (udang n sotong) dan tunggu sehingga masak sedikit baru masukkan sos tomato, tomato soup Heinz n air satu tin.
Masukkan sedikit serbuk lada putih dan bahan2 perasa dan siap untuk dimakan.

apam polka dot versi ke 2





nie apam polka dot versi ke 2...ada peningkatan skit....buat untuk berkelah kat kalumpang.....nikmatilah....

Tuesday, April 12, 2011

apam polka dot





resepi nie terpandang masa wanita hari ini isnin aritu...cuti duk rumah menjahit..cantik pulak tengok...tp kena improve lagi bila buat kali ke 2...resepinya dibawah ye.

APAM POLKA DOT

Bahan-bahan ( 50 biji papercup medium )
3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar@susu cair
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
pewarna

Cara-cara

1.masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang.

2.bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan.

3.masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag.

4.picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja.

5.letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan.

6.picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.

7.last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak.

resepi dari My Resepi.

Sunday, March 6, 2011

makan -makan di ikan bakar ana petai di kuantan..

nie masa makan2 kat kedai ikan bakar ana petai kat kuantan...dah 3 kali datang sini makan ...memang best harganya boleh tahan jugak....tp kalau nak datang kena awal sebab nanti kena tunggu org abih makan baru dapat duduk...sentiasa ramai pelanggan.






Thursday, February 24, 2011

ikan kukus oh ikan kukus.....




Ikan Kukus ala Bukit Besar

Bahan-bahan nya:

Ikan (terpulang)sy selalu buat ikan merah atau kembung
Bawang putih dimayang halus
Bawang besar dimayang
Cilia api dipotong halus
Serai belah 4
Halia dimayang halus
Daun limau purut (koyakkan)
Serbuk pati ikan bilis maggie.
Garam
Gula
cuka


Cara membuatnya:

Masukkan pati ikan bilis kedalam air panas + air biasa (ikut nak byk mana kuah)air panas digunakan untuk menghancurkan pati ikan bilis yg memang susah nak hancur. Kemudian masukkan sedikit garam, gula dan cuka. Dah sebati semua baru masukkan bahan yang dah dimayang kecuali bawang besar.

Pastikan periuk kukus di jerang terlebih dahulu untuk menjimatkan masa anda. Masukkan bahan yang dah siap tadi (separuh) kedalam Loyang kukus kemudian letakkan ikan diatasnya. Dan seterusnya masukkan bahan yang selebihnya ke atas ikan tadi. Taburkan dengan bawang besar. Kepada yang suka makan sayur bolehlah letakkan brokoli atau bunga kobis ditepi –tepi Loyang. Dan bolehlah dikukus ikan sehingga masak. Dalam lebih kurang 35 minit hinggan 45 minit bergantung saiz ikan. Kadang-kadang saya tengok mata ikan…kalau dah pecah tu masaklah ikan tu..betul ke….terpulanglah. bolehlah dihidangkan panas2 untuk dinikmati seisi keluarga.

sy ada gambar pati ikan bilis yang sy guna tapi nak upload tak dapat lagi...nantilah...

Wednesday, February 23, 2011

Testing...testing...bukan masak ye

Tengah testing window 7......

Thursday, February 10, 2011





Ikan Bakar Bukit Besar

Bahan-bahan untuk rempah

Ikan (terpulang) sy suka ikan merah
Cili kering @ cili boh
Bawang merah )
Bawang besar ) semua blend
Bawang putih )
Halia )
Serai )
Serai ( potong serong halus-halus)
Belacan
Air asam jawa
Garam
Gula
Serbuk perasa (terpulang)

Cara membuatnya:

Ikan dibersihkan dan ditoskan.
Panaskan minyak dan tumis cili boh atau cili kering. Kemudian masukkan semua bahan yang dah diblend. Tunggu sehinga bahan blend masak baru masukkan air asam jawa yang dicampurkan dengan sedikit belacan. Masak sepenuhnya. Masukkan serai yang dipotong serong bersama garam, gula dan serbuk perasa. Kemudian bolehlah diangkat.

Di dalam kuali lain, panaskan kuali (api sederhana je) dan letakkan daun pisang @ aluminium foil. Letakkan rempah yang sudah siap dimasak tadi keatas daun pisang ( separuh dahulu), letakkan ikan di atas rempah dan rempah yang separuh lagi keatas ikan.tutup dengan daun pisang semula dan kuali hendaklah ditudung .
Tunggu sehingga masak..terpulang nak balikkan ikan atau tidak. Kalau nak balik kena berhati-hati skit ye takut ikan hancur.
Selamat mencuba!!!sorry ye..mcm biasa resepi sy tak ada sukatan...
kepada kekawan yang dah mencuba resepi saya bolehlah tinggalkan komen atau ada sebarang pertanyaan janganlah malu2 ye....

Wednesday, February 9, 2011

minta maaf bebanyak...resepi nie gambar tak sempat ambik setiap kali buat...tp jangan lah risau resepi nya memang best....cubalah ye


CAKE KEJU

Krim keju 250gm (2 ketul)
Gula (suku cawan)
Telur 4 biji (asing putih dan kuning)
Tepung gandum (1/2 cawan)
Tepung jagung (1 sudu)
Kulit oren parut (hujung sudu)
Air oren (1 sudu)
Susu kotak segar (250ml)

Cara –caranya:

Pukul krim keju dengan gula sehingga kembang dan putih.
Campur telur kuning sebiji –sebiji.
Masukkan kulit oren dan air oren.
Masukkan tepung dan susu berselang seli.
Akhirnya pukul telur putih dengan gula sebanyak 2 sudu
Masukkan dalam adunan tadi dan di kaup-kaupkan.

Bakar sehingga kuning dan letakkan air dibawah.

Hias kek dengan whepping cream dan ceri dan MAKAN.
makan-makan steamboat di sabak, taman melati...best jugak kat sini..bebudaklah yang paling best....makan udang tak berenti...satu kepala RM25 budak2 separuh harga...