Wednesday, August 11, 2010




AYAM GORENG BLOCK ROSE

Bahan untuk perapan (gaul)

Halia bawang putih (dikisar)
Cili kisar
Rempah kari
Daun kari
Sedikit garam
Sedikit madu lebah (kalau ada, kalau tak dak pun tak pa)
Ayam 1 ekor dipotong ikut suka. (potong 12,16,24)

Bahan untuk tumisan

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih
Bunga lawang

Bahan untuk sauce

Kicap (bukan kicap masin)
Susu pekat
Lada hitam

Langkah-langkah

1. Ayam diperap dengan bahan perapan buat seketika. Selepas diperap ayam digoreng sehingga masak. (Jangan sampai garing). Asingkan ayam.
2. Minyak ayam diguna sedikit untuk tumisan. Tumiskan bahan tumisan apabila minyak dah panas.
3. Selepas itu dimasukkan kicap dan lada hitam secukup rasa sehingga mendidih. Masukkan susu pekat. Kacau supaya sekata. Akan terhasil satu sauce yang pekat.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng kedalam sauce. Kacau sehingga semua ayam sekata dengan sauce.
5. Masukkan dalam pinggan untuk hidangan. (Anak-anak mesti suka punya)

Saturday, June 26, 2010

dah lama tak buat puding roti..teringin naik makan...roti dan whipping cream dah ada...apalagi jom masak bersama chef aida...perasanlah kau sorang-sorang....




puding roti

4 @ 5 keping roti - disapu marjerin
2 cawan susu segar
4 biji telur
4 @ 5 sudu besar gula
kismis
esen vanilla 1 sudu kecil

sos

whipping cream
sedikit gula


pukul telur sampai kembang, masukkan gula dan esen vanilla.
masukkan 2 cawan susu segar dan koyak-koyakkan roti kedalam bancuhan
masukkan kismis

boleh dibakar didalam oven yang dialas air dibawahnya.
gunakan api 180 darjah c.bakar dalam masa 40 atau sampai bila dicucuk puding tidak melekat.

whipping cream dicampurkan dengan air dan gula, masak atas api yang perlahan.

selamat mencuba.....



Butter Prawn Ala Aida

udang (lebih kurang 15 ekor)
bawang putih 2 ulas - dipotong halus
bawang besar - mayang
daun kari
marjerin atau butter 3 atau 4 sudu
susu kotak 3/4 cawan
cili api - ikut sukalah
telur kuning 2 biji


masukkan butter dalam kuali dan gorengkan udang separuh masak
setelah diangkat tumiskan bawang putih bawang besar cili api dan daun kari
masukkan susu kotak kedalam kuali dan kacau.
masukkan telur kuning dan kacau sampai telur berketul halus-halus.
masukkan udang.

selamat mencuba.
hari ini masak daging merah dan butter prawn untuk makan tengahari....semua org keluar pegi tuisyen...tinggal ngan baby je..nasib baik baby tidur...so jom kite masak





Daging Merah Ala Aida

daging- direbus dan dipotong nipis
(masa rebus letak perwarna merah skit)
bawang putih- hiris halus
bawang besar - mayang
halia - hiris halus
cili besar - potong

sos tomato
sos cili
kicap manis
kicap masin
sos tiram - tak letak pun tak pa.

mula2 tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga garing.
masukkan daging yang telah dihiris nipis...goreng daging sampai garing
masukkan segala sos diatas...masukkan skit air untuk kuahnya...
masukkan garam,serbuk perasa dan gula.masukkan cili yang telah dipotong.

dah siap
sorry gambar diatas dagingnya tak letak warna merah...dah abis kat rumah dan
sy tidak ada sukatan bahan2nya...main taruk je....

selamat mencuba daging merah kegemaran keluarga saya.

Thursday, June 24, 2010





KEK COKLAT AIDA AKA TIRAMISU
1 ¾ cawan tepung gandum
1 ½ cawan gula pasir (kasar)
1 cawan air panas (betul2 panas)
½ cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
2 biji telur
1 ½ sudu kecil soda bicarbonate
1 sudu kecil esen vanilla
½ sudu kecil garam halus

cara membuatnya:

Pukul telur hingga kembang.
Masukkan gula kasar
Masukkan tepung, koko, soda bicarbonate dan garam
Masukkan susu, vanilla dan minyak
Last masukkan air panas
Tapis dan masukkan kedalam loyang
Kukus lebih kurang 45 minit atau sehingga masak.

Tips:

Jangan buka bekas kukus sekurang-kurangnya dalam masa 15 minit.
Jangan jatuhkan air yang berada di tudung kukus kedalam aduan kek.
Kek ini tidak perlu dimesin seperti membuat kek-kek yang lain.
Tapis adunan kek sebelum masukkan kedalam loyang supaya tidak ada
tepung yang tidak sebati didalamnya.
Sejukkan kek terlebih dahulu selepas masak, barulah di keluarkan daripada loyang
Kalau tak ada susu cair, cairkan sahaja susu pekat lebih kurang ½ cawan dan campurkan air supaya menjadi satu cawan.
Untuk topping.

Masukkan coklat masakan kedalam periuk dan letakkan kedalam bekas kukus .
Pasang api kecil sahaja, jangan biarkan air masuk kedalam periuk coklat,
Setelah coklat cair, angkat dan masukkan sedikit marjerin untuk kilat dan kalau suka masukkan sedikit gula halus. (tak letak tak apa).
Last sekali masukkan whipping cream kedalam periuk coklat dan di kacau sehingga sebati. (agak2lah berapa banyak). Bolehlah dihias diatas kek coklat dan ditabur manik2 coklat dan warna-warni. Biarkan ia keras sedikit sebelum dimakan.

Jika tidak ada coklat masakan, anda masih boleh membuat topping, campurkan sedikit koko, susu pekat dan sedikit marjerin, panaskan atas air yang mengelegak, untuk melazatkan lagi masukkan sedikit whipping cream, serbuk koko jangan terlalu banyak, nanti pahit, kalau pahit tambahkan lagi susu pekat.
Resepi diatas hanyalah 1/2 adunan sahaja kerana 1/2 aduanan boleh menghasilkan 2 biji kek saiz sederhana. Resepi diatas boleh juga dibakar.


SELAMAT MENCUBA